Program Pembangunan Industri Kreatif Islam Kelantan

Sunday, May 20, 2012

By A Web Design Company

Program Pembangunan Industri Kreatif (PIKIR) Kelantan

Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) adalah merupakan dasar pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak 21 tahun yang lepas. Dasar MBI meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan yang menggariskan segala perancangan, pentadbiran dan pembangunan dibuat berpaksikan kepada dasar "Membangun Bersama Islam".

Di bawah dasar tersebut, rakyat adalah merupakan aset terbesar negeri dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf kemajuan negeri. Untuk mendukung pembangunan negeri, inovasi dan kreativiti dikalangan rakyat perlu ditingkatkan. Pembangunan kreativiti merupakan sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dijana secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai murni serta penggunaan sumber tempatan bagi menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi permintaan di pasaran.

Program Pembangunan Industri Kreatif (PIKIR) Kelantan ialah program pembangunan keusahawanan yang melibatkan pembangunan kreativiti individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana pendapatan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakkan kemahiran berfikir. PIKIR dirangka bagi memenuhi keperluan serta menyokong pembangunan dan kemajuan industri tempatan.

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011

Tarikh : 20-21 Disember 2011

Masa : 8.30 pagi - 11.30 malam

Tempat : Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu

Objektif PIKIR Kelantan

1- Meningkatkan dan memupuk kesedaran budaya kreatif dan inovasi dikalangan rakyat.

2- Memanfaatkan segala sumber kekayaan negeri yang dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

3- Membangunkan dan memanfaatkan teknologi sebagai pemangkin industri kreatif Islam.

4- Menjana kekayaan negeri, mewujudkan peluang pekerjaan dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tempatan.

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini13
mod_vvisit_counterSemalam19
mod_vvisit_counterMinggu Ini32
mod_vvisit_counterMinggu Lepas152
mod_vvisit_counterBulan Ini378
mod_vvisit_counterBulan Lepas550
mod_vvisit_counterJumlah3245

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.179.217
 , 
Today: May 20, 2012

"LIKE" Kami di Facebook